Skip to content
Menu
Zethy Suhaidah
  • About Me
  • Categories
Zethy Suhaidah
December 2, 2015September 8, 2022

Book Review : 99 Cahaya di Langit Eropah

Spread the love
Mula terjumpa filem dia, tapi tengoknya masa nak dekat habis. Terdetik jugak, ni acah Ayat Ayat Cinta ke. Tergerak hati nak beli, oh jual kat MPH Online. Cekau satu.
Sebagai pelajar yang nak ke UK, satu negara Eropah, satu negara yang Islamophobia nya agak tebal dalam kalangan masyarakat tempatan, why not give it a try. Bagi aku buku ni tidak menghampakan. Bagi orang yang cetek ilmu sejarah islam di dada, buku ni beri insight yang menarik, ternyata daripada perjalanan peribadi Penulis itu sendiri.
Buku ni terbahagi kepada beberapa bahagian ; iaitu tempat tempat yang penulis pergi seperti Vienna Paris Cordoba dan Istanbul. Penceritaannya mudah dan tepat. Kena pada situasi. Jujur, sejarahnya tidak banyak yang ditulis, namun penulis ada letak kronolgi sejarah islam di Eropah di belakang buku. Buku ni banyak tulis tentang these small little matters we often overlook.
Scene di mana seorang pelancong non muslim mengatakan Croissant itu simbol kekalahan org Turki, lalu memakan roti itu seperti makan orang Islam. Sudah pasti seperti orang normal kita akan marah kan? Tapi Fatma, kawan penulis membalas kejahatan orang itu dengan kebaikan. Fatma bayar kos makanan pelancong tersebut.
Fatma selalu ulang dalam buku ini ; Jadilah Agen Muslim Yang Baik.
Seperti Fatma, seorang warga Turki di Vienna cuba sebaiknya menunjukkan akhlak yang terbaik di kalangan orang orang barat yang tidak percayakan Tuhan. Mengingatkan aku pada satu babak di mana Stefan, kawan Rangga ( suami penulis ) menanyakan :
” Bagaimana jika Tuhan Mu itu tiada, bagaimana kalau jika Dia lesap” Rangga beristighfar.
Mengingatkan aku pada satu term yang barat percaya God is Dead, menyebabkan ramai orang barat menjadi ateis.
Dalam buku ini jugak banyak memaparkan ujian sebagai orang Islam di bumi yang asing. Benarlah, kita sememangnya musafir di muka bumi ini.
Sememangnya buku ini membuatku banyak berfikir ; Ilmu sejarah Islam aku tak mantap lagi. What can we do to lessen these skeptical view of Western people towards Islam. What are the history behind Kara Mustafa, Napoleon Bonaparte, Marie Antoinette, Mezquita, Cordoba. Masih banyak lagi nak belajar. Masih banyak lagi nak jelajah.
Kalau taknak baca, boleh tengok movie nya ; 99 Cahaya di Langit Eropah Part 1 & 2
“Pergilah, jelajahilah dunia, lihatlah dan carilah kebenaran dan rahasia – rahasia hidup ; niscaya jalan apa pun yang kaupilih akan mengantarkanku menuju titik awal” 
― Hanum Salsabiela Rais, 99 Cahaya di Langit Eropa: Perjalanan Menapak Jejak Islam di Eropa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  • A-levels
  • Books
  • Law School
  • Life
  • Lifestyle
  • Seri Puteri
  • Thoughts
  • Trips
  • Volunteering
  • June 2024
  • October 2022
  • September 2022
  • October 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • July 2018
  • June 2017
  • April 2017
  • September 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • November 2014
  • June 2014
  • A-levels
  • Books
  • Law School
  • Life
  • Lifestyle
  • Seri Puteri
  • Thoughts
  • Trips
  • Volunteering
©2025 Zethy Suhaidah | Powered by WordPress and Superb Themes!